SMK Batu Maung ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Daerah Barat Daya (Zon M3) atau Batu Maung, Pulau Pinang, Malaysia. Diasaskan pada tahun 2001, dan merupakan sekolah harian biasa di Daerah Barat Daya Pulau Pinang.
'SMK Batu Maung Sekolah Terbilang di Daerah Barat Daya Tahun 2010'
- Mengoptimumkan semua sumber untuk mencapai kecemerlangan akademik - Mewujudkan kecemerlangan kokurikulum melalui penglibatan menyeluruh - Mewujudkan warga sekolah yang proaktif dan berdaya saing melalui aktiviti berfaedah - Membentuk budaya murni melalui amalan berbudi bahasa
'Kami Ingin Belajar'
MENGISI DETIK EMAS
Di cerun bukit di pinggir laut biru,
Tersergam indah menara ilmu,
Mendukung hasrat memperkasa insan,
Iltizam menjana pengetahuan.
Berpandukan Falsafah Pendidikan Negara,
Rukunegara prinsip haluan,
Berpadu ke arah hidup sejahtera,
Menuju cita murni wawasan.
Melangkah mengisi detik emas beredar,
Tersemat 'Kami Ingin Belajar',
Mengolah potensi,
Mencerna jati diri,
Akhlak yang terpuji,
Budaya nan sejati.
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung,
Di sini kasih setia tercurah,
Tabah menempuh rintangan pahit maung,
Tekad menempa tinta sejarah.
(Korus ×1)
SMK Batu Maung...
SMK Batu Maung...
Lagu dan lirik oleh:
En. Zulkhairi Ibrahim
SMK Batu Maung ditubuhkan pada tahun 2001. Diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang beroperasi di bangunan SK Permatang Damar Laut di sebelah petang dengan mengubahsuai beberapa bilik untuk dijadikan bilik guru dan pejabat.
Teraju pentadbiran dipegang oleh Tuan Hj. Ramli Bin Din selaku pengetua, dibantu oleh En. Azman Bin Lot Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En. Anuar Bin Ibrahim Guru Penolong Kanan HEM dan En. Izhar Bin Ibrahim Guru Penolong Kanan Kokurikulum serta 14 guru dan 4 staf sokongan.
Pendaftaran pelajar telah dijalankan di SK Batu Maung iaitu dari bilangan pelajar yang mendaftar adalah dari SK Batu Maung, SK Permatang Damar Laut, SJK (C) Wen Khai dan sekolah berdekatan.
Pada 3 Januari 2001 seramai 211 pelajar telah menjejak kaki ke sekolah ini. Pelajar-pelajar ini telah diagihkan kepada 5 kelas iaitu tingkatan satu dan satu kelas peralihan dengan menggunakan akronim 'FITRAH'.
Menjelang tahun 2002, warga pelajar bertambah seramai 380 pelajar manakala guru meningkat kepada 21 orang. Seterusnya pada 27 Januari 2003 merupakan tarikh keramat bagi SMK Batu Maung apabila dengan rasminya telah berpindah ke bangunan sendiri dengan keluasan 1.82 hektar.Bangunan ini mempunyai dua blok tiga tingkat (BLok A dan D) tiga blok empat tingkat (Blok B, C dan E) dan satu blok 2 tingkat iaitu bengkel (Blok F).
Perpindahan ini telah memberi banyak keselesaan kepada warga SMK Batu Maung kerana bangunan ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pejabat, bilik kesihatan, bilik SPBT, koperasi, makmal komputer, makmal sains, makmal bahasa, bilik guru, bilik cetak, bilik mesyuarat, pusat sumber, bilik darjah, bilik maklumat, dewan dan juga musolla. Bukan setakat itu sahaja malah terdapat sedikit ruang padang dan gelanggang Petanque! Semoga dengan adanya segala kelengkapan, akan meningkatkan lagi azam dan iktibar pelajar demi membangunkan diri...
Tahun 2001-2005 : Tuan Haji Ramli Bin Din
Tahun 2006-2008 : Puan Hajah Zaimah Binti A. Latiff
Tahun 2009- sekarang : Puan Hajah Shakinah Binti Mohd Nor
1. Simbol ‘Q’ adalah simbol universal yang melambangkan kualiti. SMK Batu Maung bermatlamat bergerak kearah itu seiring dengan hasrat Negara, Pendidikan yang Berkualiti.
2. Nama sekolah terpampang jelas untuk mendukung cita-cita pendidikan, “pengajaran dan pembelajaran yang menuju kea rah berkualiti”.
3. Motto sekolah adalah kata-kata “Kami Ingin Belajar”. Perkataan ini diterapkan kepada semua warga SMK Batu Maung, agar bersikap minat untuk mencari ilmu. Kata-kata ini akan dilaungkan oleh semua pelajar semasa perhimpunan atau perjumpaan untuk menunjukkan identity pelajar SMK Batu Maung.
4. Tahun 2001 adalah tahun asas penubuhan SMK Batu Maung.
5. Binaan segi empat menggambarkan bangunan sekolah, keteguhan semangat yang berhasrat untuk membangunkan mutu pendidikan yang berkualiti.
6. Maksud Warna-warna:-
- Warna BIRU pada ‘Q’ adalah lambang kejituan hasrat untuk mencapai kualiti pendidikan. Warna biru di sebelah kiri dan kanan menggambarkan sokongan dan kekuatan bagi tujuan itu.
- Warna MERAH di bahagian tengah adalah juga melambangkan kesungguhan dan keberanian untuk bergerak kea rah pendidikan berkualiti.
- Warna MERAH di bahagian atas dan bawah adalah juga melambangkan sokongan dan kekuatan bagi tujuan itu.
- Warna PUTIH pada tulisan sekolah adalah menggambarkan pelajar-pelajar SMK Batu Maung yang putih bersih untuk dicorakkan dengan nilai-nilai murni yang tinggi.
- Latar belakang PUTIH di sekitar ‘Q’ adalah lambang kesungguhan guru-guru yang berjiwa bersih dan jujur untuk mendidik para pelajar bagi mencapai hasrat murni ini.
PERSATUAN | PERTANDINGAN | WAKIL | PERINGKAT | PENCAPAIAN |
B. INGGERIS | -CHORAL SPEAKING -PUB.SPEAKING -DRAMA - DEBATE | SEKOLAH SEK SEK SEK | KELOMPOK KEL KEL KEL | NAIB JOHAN NAIB JOHAN SIJIL SIJIL |
KECERIAAN & A.SEKITAR | -KEM KESEDARAN -MAJLIS JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) BERSAMA MASYARAKAT | SEK SEK | NEGERI DAERAH | PENYERTAAN PENYERTAAN |
PERSATUAN AG. ISLAM | - NASYID - TILAWAH - HAFAZAN - SYARAHAN | SEK | KEL | SIJIL SIJIL SIJIL SIJIL |
B.MELAYU & KEBUDAYAAN | -PANTUN -KUIZ PERDANA | SEK | KEL | NAIB JOHAN KETIGA |
SEJ.&GEO | - KUIZ SEJARAH | SEK | KEL | SIJIL |
PUSAT SUMBER | -PERTANDINGAN PAPAN BULETIN | KELAB | SEKOLAH | PERTAMA |
| UNIT | AKTIVITI | WAKIL | PERINGKAT | PENCAPAIAN |
1 | KRS | Pertandingan Kawad Kaki Kelompok M4 -Pertandingan kawad Kaki Hari Ko-kurukulum | Sekolah Unit Uniform | Negeri Sekolah | Penyertaan Ketiga |
2 | | Pertandingan kawad kaki Hari Ko-kurukulum Pertandingan Papan Buletin | Unit Uniform Unit Uniform | Sekolah Sekolah | Tempat keempat Pertama |
3 | Pengakap | -Pertandingan kawad kaki Hari Ko-kurukulum | Unit Uniform | Sekolah | Kedua |
4 | Bomba | -Pertandingan Kawad kaki Hari Ko-kurukulum -Pertandingan Kawad kaki -Pertandingan Kawad kaki | Unit Uniform Sekolah Daerah | Sekolah Daerah Negeri | Johan Johan Saguhati |
| PERMAINAN | AKTIVITI | WAKIL | PERINGKAT | PENCAPAIAN |
1. | Petangue | PERTANDINGAN TERBUKA NEGERI PERLIS KEJOHANAN PETANQUE PIALA ANGKASA PULAU KEJOHANAN PETANQUE PIALA ANGKASA KEBANGSAAN NUR MOHAMMAD FIRDAUS BIN ROSLAN | Negeri Negeri Negeri Negeri | Kebangsaan Negeri Kebangsaan Kebangsaan | Terbaik (Bawah 16 tahun) Johan Naib Johan Pemain Terbaik |
2 | Bola Tampar | -MSSPP Daerah ( L bawah 18) | Sekolah | Daerah | Ketiga |
3 | Bola Baling | -MSSPP Zon Balik Pulau ( L – Bawah 15 ) ( L – Bawah 18 ) ( P – Bawah 15 ) ( P – Bawah 18 ) | Sekolah | Daerah | Tempat Ketiga - Tempat Ketiga Tempat Ketiga |
4 | Sepak Takraw | MSSPP Bawah 16 Pasukan | Sekolah | Kelompok | Ketiga |
5 | | MSSPP Zon Balik Pulau (Perempuan) Bergu (Perempuan) Perseorangan (Perempuan) | Sekolah Kelompok Daerah | Daerah Negeri Negeri | Johan Naib Johan Johan |
6 | Bola Jaring | MSSPP Zon Balik Pulau Bawah 15 thn. | Sekolah | Kelompok | Naib Johan |
7 | Bola Sepak | MSSPP Zon Balik Pulau-Bawah 18 thn. Bawah 15 thn. | Sekolah Sekolah | Kelompok Kelompok | Penyertaan Ketiga |
8. | Olahraga | MSSPP Zon Balik Pulau Merejam Lembing (Lelaki) Melontar Peluru (Lelaki) Melompat Kijang (Lelaki) 200 Meter (Perempuan ) Melompat Jauh (P) | Sekolah | Kelompok | Emas Emas Perak Gangsa Gangsa |